ANDALAH WANITA SYURGA

KAU ibarat EPAL...
Wanita ibarat epal. Epal yang tidak berkualiti ...amat mudah diperoleh kerana ia berguguran di tanah. Tapi epal yang tak mampu dibeli, ia berada di puncak. Susah dipetik, susah di gapai. Terkadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik. Lantas ia merendahkan martabatnya dan merendahkan diri menyembah tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya.

Sebenarnya...Epal itu terlalu tinggi...Elok sifatnya...sehinggakan tiada siapa yang berani memetiknya. Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang bisa memperolehnya..mungkin bukan di dunia ..asalkan cinta ILAHI mengiringinya tak semestinya di petik di taman dunia. Namun lebih bermakna bila ALLAH sendiri yang mengarahkan hamba disayangi untuk memetik di taman akhirat kelak.